Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN

Kami Warga Pejabat Pelajaran Daerah PADAWAN Dengan Penuh Tekad Dan Iltizam
Berikrar Dan Berjanji Akan Menumpukan Seluruh Tenaga Dan Usaha Kami Untuk;

Memastikan semua kanak-kanak, mengikut umur yang ditetapkan, mendapat tempat
belajar pada hari pertama sesi persekolahan baru dimulakan.

Menempatkan guru-guru ke sekolah-sekolah tidak lewat dari tiga minggu setelah
menerima senarai guru institut perguruan dan universiti dari Kementerian Pelajaran
Malaysia/Jabatan Pelajaran Negeri dan memastikan bahawa semua sekolah sentiasa
dibekalkan dengan guru-guru secukupnya mengikut keperluan sekolah, dua minggu
sebelum sekolah bermula.

Memastikan semua permohonan  diproses oleh Pejabat Pelajaran Daerah di dalam
tempoh antara dua minggu hingga sebulan dari tarikh borang yang diterima.
Mengurus dan menyelesaikan masalah perjawatan dan perkhidmatan personel dari segi
pelantikan, pengesahan, kemasukan ke jawatan berpencen dan lain-lain dalam tempoh
satu bulan dari tarikh penerimaan.

Menentukan kekosongan jawatan Pengetua/ Guru Besar/ Guru Penolong Kanan diisi dalam\
tempoh satu bulan selepas berlakunya kekosongan.
Memastikan tuntutan dari guru dan bukan guru diproses dalam masa dua minggu dari tarikh
ianya diterima.

Memastikan peperiksaan dilaksanakan tanpa kebocoran.

Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang
membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan
kecemerlangan akademik.

Memastikan PPD Padawan sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak
pelanggan dengan:
memberi layanan dan perkhidmatan kaunter  yang mesra dalam tempoh lima
minit.
menentukan segala surat aduan dan rayuan kepada  dan mengenai PPD dan
sekolah-sekolah diberi jawapan dalam tempoh dua  minggu dari tarikh ianya
diterima.