18 Jun 2018

PENGHANTARAN LAPORAN PENGURUSAN ASET DAN STOR KERAJAAN SUKU TAHUN KEDUA (APRIL HINGGA JUN) TAHUN 2018

Dengan segala hormatnya,  saya  merujuk kepada surat daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak bernombor rujukan JPNSW.SKPP.UPPA.300-2/23(20) bertarikh 22 Mei 2018 adalah berkaitan.

2. Sehubungan itu, pihak tuan adalah dipohon untuk mengemukakan laporan-laporan berikut dalam bentuk hardcopy (1 salinan) ke Unit Maklumat dan ICT, Pejabat Pendidikan Daerah Padawan dan softcopy ke emel asetppdpadawan@gmail.com seperti berikut:
2.1 Senarai Daftar Harta Modal – KEW.PA-4 (Format terkini)
2.2 Senarai Daftar Aset Bernilai Rendah – KEW.PA-5 (Format terkini)
2.3        Laporan Pengurusan Aset Alih dan Stor Kerajaan (April hingga Jun) Tahun 2018 -
Lampiran B
2.4 Laporan Pemeriksaan Aset Alih.
3. Untuk makluman tuan, laporan-laporan tersebut hendaklah dikemukakan dengan menggunakan format terkini yang telah ditetapkan sahaja dan boleh dimuat turun melalui emel asetpadawan@gmail.com dan ppdkpadawan.blogspot.my.  Tarikh akhir penghantaran Laporan Pengurusan Aset dan Stor kerajaan bagi suku tahun pertama di peringkat PPD Padawan adalah pada atau sebelum 27 Jun 2018 (Rabu). Bersama-sama ini dikepilkan salinan surat hebahan daripada JPNS untuk tindakan tuan selanjutnya.

4. Pegawai yang dipertanggungjawabkan dalam perkara ini ialah En. Mugi Anak Jinjang (082-230522).Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan berhubung perkara di atas amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah




( MALSIAH BINTI JAMAL )
Pegawai Pendidikan Daerah Padawan
Pejabat Pendidikan Daerah Padawan

Tiada ulasan: