29 Julai 2010

PENARAFAN KENDIRI PENGURUSAN BILIK MAKMAL SAINS SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

PENARAFAN KENDIRI PENGURUSAN BILIK MAKMAL SAINS SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Bahagian Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia semasa mesyuarat bersama Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik (12-14 Julai) telah memohon supaya semua Jabatan Pelajaran Negeri membuat penarafan kendiri pengurusan bilik makmal sekolah rendah dan menengah.
Sehubungan itu, semua sekolah rendah dan menengah diminta untuk memuat turun borang dan aplikasi di bawah untuk tindakan seterusnya.

TINDAKAN SEKOLAH

1. Cetak borang penarafan PDF(Sekolah Menengah / Sekolah Rendah)
2. Pengetua/Guru Besar/GPK/GKMP/Ketua Panitia mengisi borang dengan lengkap
3. Pengetua/Guru Besar mengesahkan borang yang diisi dengan LENGKAP
4. Masukkan data ke dalam aplikasi (gunakan MS ofis 2003; jika 2007 sila enable all macro terlebih dahulu).
Install aplikasi dengan double klik pada ikon aplikasi tersebut. Aplikasi akan diinstall di C dalam folder PMBS
secara automatik.
5. Eksport data sekolah dan hantar ke PPD melalui e-mail.
(pegawai di PPD perlu memberikan alamat e-mail kepada semua sekolah)
6. Satu fail diwujudkan khas untuk menyimpan bahan-bahan yang berkaitan

Kerjasama semua pihak didahului dengan ucapan terima kasih.

Export data hantar ke emel berikut : upa_padawan@yahoo.com dengan subjek Pengurusan Makmal

sebarang masalah, sila hubungi Puan Mary Bubby Song

Download
Aplikasi Menengah
Borang Penarafan Kendiri Menegah
Aplikasi Rendah
Borang Penarafan Kendiri Rendah

Tiada ulasan: